Kenali dan Cara Tangani Anak Hiperaktif

27 September 2011 Leave a comment

Salam,

Pagi ni terbaca satu blog pasal anak hiperaktif.. tetiba nak cari pasal artikel ni..ni sebab ammar terlampau aktif sangat semalam.. main2 atas sofa terbenti2.. huhuh.. harap2 ammar bukan kategori hiperaktif.. ameenn.. maybe sebab die baru bole bjalan kot.. dats why teruja sangat nak bjalan..sampai ke atas sofa..huhu..pape pun nak simpan di s article for future reference..

TIPS CARA CARA MEMBIMBING KANAK-KANAK HIPERAKTIF

  • Untuk menyampaikan sesuatu kepada anak-anak Hyperaktif ni , ambil perhatian dia dulu, pastikan kita bertentang mata bila cakap dengan dia. Kena cakap dengan dengan jelas dan terang. “Danish, dalam eroplane tak boleh lari-lari panjat-panjat tau, nanti kakak chantek marah”
  • Latih sikit-sikit tentang disiplin seawal umur 2 tahun. Means bila dia dah faham bahasa perantaraan kita. “Danish.. kalau main ludah-ludah lagi.. nanti ibu masukkan cili dalam mulut yek!”
  • Kena sentiasa berwaspada! Sebab apa-apa yang dia nak buat kadang-kadang agak membahayakan. “Nenish campak kangg!!” Kalau ada orang cakap “Berani campaklah..” huh… memang kompem dia akan campak betul-betul punya k.
  • Kalau dia terlalu hyper.. jangan denda atau pukul disebabkan perangai dia yg hyper tu. “Jangan la lompat-lompat.. aku lesing karang budak nih! ” Seeloknya.. kita counter dengan pujuk, bukan marah.
  • Jangan melabel / panggil anak-anak hyper ni dengan “Degil lah budak ni!!!”, “ehh dia ni nakalnyerrr!!” atau “budak ni kenapalah nyusahkan orang jek yek??” Tak boleh cakap macam tu. Ibarat kita berdoa.. nanti lama lama makbul karang doa tu kang, camana? Cara senang pi ambil wudhuk kalau dah tak boleh handle sangat atau blood dah go terlebih upstairs!
  • Tukar perkataan “jangan” kepada ayat yang lebih mendorong mereka mengikut arahan; Contoh : “Danish jangan lari-lari la..” tukar kepada “Danish, cuba Danish jalan elok-elok.. kalau lari-lari nanti kalau terjatuh kang camana? licin tau tu” Dia ikut.. pastu seperti biasa die buat balik. huhu.. Seterusnya teruskanlah dengan ayat yang sama sampai kali ke seratus lapan puluh lapan!
  • Berikan kasih sayang. Bukan manjakan ok! (kene faham btol-btol tu..)
  • Kena sentiasa beri tarikan baru kepada benda yang sebelum ni dah biasa dia buat. Contohnya, mula-mula bagi dia main colour-colour. Start guna crayon.. dah lama sikit bagi kaler luna.. dah lama lagi bagi magic colour.. lama-lama dinding rumah jadi mural. Baju ada sign autograph artis!
  • Jangan bosan cakap benda yang sama hari-hari. Untuk kali ke dua ratus tujuh puluh: “Danish.. Jangan la cabut-cabut bateri remote tu..” (eh! kata jangan cakap ‘jangan’ tadi??) hahaha..
  • Di depan anak, cakap dgn orang lain dia adalah anak yang baik. Macam bodek ke.. dan jangan ungkit-ungkit kesalahan yang dah lepas dia buat. (ooo.. baru aku tahu tak bole rupanya..) ehe..
  • Selain daripada toys dan games, ibu bapa kena kreatif create dan pelbagaikan aktiviti dia. Contohnya bela binatang, arnab ke.. ikan ke.. takpun, tanam pokok ke.. teropong bintang ke.. apa-apa lah..
  • Ketika sedang berada dimeja makan dan kita meminta mereka makan sendiri. Mungkin dia akan main-main dengan makanannya atau berlari-lari mengelilingi meja makan (ini memang acara favouritelah ). Jangan marah dia! Yang harus dilakukan adalah menyuapkan mereka dengan sabar dan penuh senyuman.. Huh..
  • Puji kalau dia buat sesuatu yang baik. Puji secara spesifik tau.. Contohnya : “Haa.. baru good boy macamni.. lepas main pandai pun kemas sendiri…”
  • Cari kelebihan dalam diri mereka dan garap ke arah yang betul.
  • Last sekali dari segi apparel, jangan pakaikan baju kaler oren. Dari psikologi warna, warna oren boleh merangsang secara aktif  tindak-tanduk  dan kelakuan anak dan akan menjadi hyperaktif! baru tau yang ni.. tapi rase ammar takde lagi baju kaler oren.

DOA ITU PENTING!

Amalkan baca surah An-Nasroh  dan baca  ’Ya Latif’ sebanyak 7 kali Lepas tu hembus di ubun-ubun kepala anak masa tengah tidur sambil gosok-gosok ubun-ubun kepalanya.

Banyakkan  zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Untuk melembutkan hati… Insya Allah.

Amalkan baca doa NABi DAUD sebanyak 3 kali.

 

“YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA) SEBAGAIMANA ENGKAU  LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI”

dan hembuskan pada makanan atau minumannya.

Advertisements
Categories: Uncategorized

Israk Mikraj

29 June 2011 Leave a comment

Hari ni 29 Jun 2011, Rabu.. bersamaan dengan 27 Rejab 1432H… yang juga merupakan berlakunya peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. pada hari ni… setelah dibelek-belek.. dikorek2.. almaklumler setahun sekali.. ingat2 lupe lak apa yg berlaku masa Israk Mikraj tu.. yang paling diingati, ialah pada hari tu, Rasulullah dibawa naik ke langit & diperlihatkan satu-satu peristiwa/keadaan yang akan berlaku di akhirat kelak. Lebih kurang cam balasan atau ganjaran sekiranye kite taat atau ingkar pada perintah Allah subhanahu wa taala. Ok, kat bawah ni copy je dari website..ape pun sama2 kita baca sebagai peringatan dan panduan..

Firman Allah SWT,

Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.
Surah Al-Isra’, ayat:1

Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.

Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

Read more…

Categories: reminders

Ammar demam campak..shift day care

16 May 2011 Leave a comment

Isnin lepas Ammar demam panas.. sampai hari rabu.. time tu tak perasan pon dia kena campak.. hari khamis tu, time amik ammar kat umah pengasuh.. makcik btau ammar kena demam campak.. memula masa dia demam tu mmg ada nampak rashes kat muka.. ingat sebab panas dalam..

khamis malam tu, tros bwk ammar gi poliklinik annur.. huhuh.. doc lak xleh nak btau rashes pada ammar tu ape.. dah tu suh wat blood test.. time tu tak tau nak kata apa.. ikot je la.. kitorang pn tros je la bwk ammar gi hospital pakar annur.. dgn harapan, doc leh tau rashes tu apa.. campak ke kan… umi dh btau dh… cnfirm tu, mesti campak nye.. mlm tu ammar kena cucuk kat tangan.. huhuhu… cian ammar… ammar ni jenis penakut.. baru je balut badan ngan selimut dah nanges dah.. kena cucuk jarum ape lagi.. sambung nanges lagi.. dah la 2 kali kena cucuk.. xpe la ammar.. dah dpt report blood test tu.. doc kata darah dia normal…

so rashes tu dtg dari virus yg x bahaya.. campak ler tu.. pe lagi.. dapat ler lotion ngan ubat tahan gatal.. kol 11 mlm baru dapat balik umah… time tu abah takde coz die ada dinner kat kl..esoknya, umi tolong jaga ammar.. sib baik umi ada..

hari ni, isnin, turn ayah jaga ammar..smlm rashes kat muka ammar nampak cam makin hilang.. cuma kat kaki je ada lagi bintik2 merah.. kat badan pn cam makin hilang.. alhamdulillah.. xsusah pon nak jaga ammar time die kena campak ni.. cume nye ibu ngan ayah dia terpaksa bawak dia skali, time nak kuar.. huhuhh.. time tu xyah cakap la.. kejap je ok, lama lepas tu mula la ngamok2 xmo dok diam.. ammar ooo ammar 😀

Categories: ammar

Pengalamanku….. 10 August 2010

11 May 2011 Leave a comment

Salam sume… pada yg sudi baca tulisan ni.. 😀

Hari ni baru ade peluang nak coret2 cket pasal pengalaman pertamaku… di saat menanti kelahiran orang baru…

Read more…

Categories: ammar, suka suki jer

ammar is growing up to 9 months! :)

11 May 2011 Leave a comment

Cepat btol masa berlalu.. Ammar dah masuk bulan ke-9.. takat ni, tiap-tiap bulan Ammar mesti demam.. nak dapat something new.. last month dapat gigi baru hihih.. this month tak tau apa plak… tapi since hari selasa lepas, nampaknya Ammar suka sangat tatih ngn ibu ye.. tu tanda nak berjalan la tu.. kalo hari2 cantu, alamat makin kuyus la ibu.. kena shift ngan ayah sekali ni.. baru la balance kan.. ye ke..? hehehee..

Harini rabu, Ammar still demam lagi..sebelum antar ke umah baby sitter, dah kasik ubat siap2.. cam biasala, cukup susah nak kasik ubat kat ammar.. nak buat cm mana.. terpaksa la paksa2 si ammar tu mkn ubat.. nak suh cepat baik demamnya.. Harap2 hari ni makin kurang panas badannya.. malam semalam ammar tak bole tido sangat.. badan dia sgt panas..maybe tak selesa.. asik2 la terjaga.. huhuh cian ammar.. takpela ammar.. nak besar nye pasal kan..asalkan tak terok sangat demamnye takpe la.. tambah ngan skarang ni musim panas yang teramat panas.. tak bole nak elak dari kne demam bila dah terdedah ngan panas ni.. khamis ni sidi ngan siti nak datang KL.. harap2 time tu ammar dah baik demam.. tapi mayb tak bole ikot diorang gi konvo cik kema.. huhu.. tapi ibunye nak pegi jgk.. bole x.. hihih.. dah lama xpegi event konvo ni.. tapi tau2 je la kalo konvo cam mana keadaannya..tengokla cm mana.. pape pon congratess to kema aka cik ma 😀 for ur convocation…may your wish will come true and success!!

Categories: ammar

INGAT ALLAH SETIAP MASA, BUKAN MASA SUSAH SAHAJA!!!

21 January 2011 Leave a comment

bismillahirrahmanirrahim….

hari ni dlm sejarah :p ttibe nak post something here…. sekadar peringatan untuk diri sendiri dan semua yang ku sayangi… kite mulakan dengan kalimah dari Allah s.wt. :

FirmanNya:

Surah Al Mukmin , ayat 60 bermaksud : “Berdoalah kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang–orang yang menyombong diri daripada menyembahku akan masuk keneraka jahanam dalam keadaan hina dina.”

sesungguhnya terasa amat susah untuk mengajak seseorang atau sesiapa sahaja ke arah kebaikan, apatah lagi bile menyetuh bab-bab agama, kan?? sungguh, sungguh xsanggup diri ini melihat sebuah keluarga yang nampak bahagia di luarannya.. tapi amat-amat sedikit ilmu rohani mereka… sekadar melihat dari jauh, tanpa dapat menarik mereka kepadaMu, Ya Allah…terasa amat-amat sedih dan kesal dengan diri ini… hari ini dlm sejarah, aku post something kat wall fb.. dan mengharapkan insan2 berkenaan memahami apa yang inginku sampaikan… bukan sekadar faham, tapi memahami dengan melakukan apa yang sepatutnya mereka lakukan sebagai hambaMu… dan takut kepadaMu…

sbrnye nak paste something here, yang harap2nye, dapat jadikan pedoman, serta panduan hidupku dan mereka2 di sana…

Ada 26 tanda-tanda sifat kibir ( sifat sombong ) :

1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.

2. Mudah marah – bila berlaku perbincangan dua hala, cepat naik darah kalau ada tersilap

3. Memilih kawan – Suka berkawan dengan sama taraf sahaja

4. Bahkan dengan orang sama taraf dengannya masi di pilih-pilih lagi yakni ia suka orang yang mahu dengar katanya.

5. Memandang hina kepada golongan bawahan.

6. Dalam perbincangan dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang di perlukan.

7. Dalam pergaulan ia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya dia sendiri susah hendak dengar cakap orang lain.

8. Dalam pergaulan dia saja bercakap. Kalu ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.

9. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikutnya dan orang bawahannya.

10. Susah memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.

11. Kalu dia yang bersalah, susah hendak minta maaf.

12. Dia suka dihormati.

13. Suka menzalimi orang sama ada secara halus atau kasar.

14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu.

15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah, serta membenci orang.

16. Kurang menghormati pemberian orang

17. Suka mencerita kelebihan diri

18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.

19. Kurang menikmati nikmat Allah s.w.t. kalau ada, dibazirkan

20. Kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.

21. Kurang memberi simpati orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.

22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang.

23. Tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.

24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.

25. Sangat tidak senang dengan kejayaan orang lain.

26.Dia sangat tersinggung kalau orang sebut kelebihan orang lain didepannya. Tetapi kalau dia dipuji , dia berasa bangga dan senang hati.

banyak ke?? ooooo banyak ek.. xpe.. baca pelan2… lama2 abes la… sekadar peringatan.. wassalam..

Categories: reminders

reminder ~~

9 November 2010 Leave a comment

Salam…

nak simpan kt sini utk reminder 🙂  kpd diri sendiri… amat2 la berguna.. semoga diri ini tidak terlalu leka sehingga lupe kepadaMu… astaghfirullahalazim…

SEKSA MENINGGALKAN SOLAT
“Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orangorang yang bersembahyang.”
AlMudathsir:42,43)

Seksaan Ketika Hidup Di Dunia :
Allah kurangkan keberkatan umurnya. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam. Doanya tertolak. Hilang cahaya soleh dari wajahnya. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.

Seksaan Ketika Sakaratul Maut :
Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.

Seksaan Ketika Di Dalam Kubur :
Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempitsempitnya. Kuburnya akan digelapkan. Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.

Seksaan Ketika Berada Di Akhirat :
Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan diseksa dengan keras di dalam neraka.

Nisbah Dosa Bagi OrangOrang Yang Meninggalkan Sembahyang Setiap Waktu :

SUBUH : Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka.

ZUHUR : Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam.

ASAR : Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.

MAGHRIB : Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).

ISYAK : Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah ini dan digesa agar mencari bumi lain.

to be continue….

Categories: reminders