Home > Uncategorized > Kenali dan Cara Tangani Anak Hiperaktif

Kenali dan Cara Tangani Anak Hiperaktif

Salam,

Pagi ni terbaca satu blog pasal anak hiperaktif.. tetiba nak cari pasal artikel ni..ni sebab ammar terlampau aktif sangat semalam.. main2 atas sofa terbenti2.. huhuh.. harap2 ammar bukan kategori hiperaktif.. ameenn.. maybe sebab die baru bole bjalan kot.. dats why teruja sangat nak bjalan..sampai ke atas sofa..huhu..pape pun nak simpan di s article for future reference..

TIPS CARA CARA MEMBIMBING KANAK-KANAK HIPERAKTIF

  • Untuk menyampaikan sesuatu kepada anak-anak Hyperaktif ni , ambil perhatian dia dulu, pastikan kita bertentang mata bila cakap dengan dia. Kena cakap dengan dengan jelas dan terang. “Danish, dalam eroplane tak boleh lari-lari panjat-panjat tau, nanti kakak chantek marah”
  • Latih sikit-sikit tentang disiplin seawal umur 2 tahun. Means bila dia dah faham bahasa perantaraan kita. “Danish.. kalau main ludah-ludah lagi.. nanti ibu masukkan cili dalam mulut yek!”
  • Kena sentiasa berwaspada! Sebab apa-apa yang dia nak buat kadang-kadang agak membahayakan. “Nenish campak kangg!!” Kalau ada orang cakap “Berani campaklah..” huh… memang kompem dia akan campak betul-betul punya k.
  • Kalau dia terlalu hyper.. jangan denda atau pukul disebabkan perangai dia yg hyper tu. “Jangan la lompat-lompat.. aku lesing karang budak nih! ” Seeloknya.. kita counter dengan pujuk, bukan marah.
  • Jangan melabel / panggil anak-anak hyper ni dengan “Degil lah budak ni!!!”, “ehh dia ni nakalnyerrr!!” atau “budak ni kenapalah nyusahkan orang jek yek??” Tak boleh cakap macam tu. Ibarat kita berdoa.. nanti lama lama makbul karang doa tu kang, camana? Cara senang pi ambil wudhuk kalau dah tak boleh handle sangat atau blood dah go terlebih upstairs!
  • Tukar perkataan “jangan” kepada ayat yang lebih mendorong mereka mengikut arahan; Contoh : “Danish jangan lari-lari la..” tukar kepada “Danish, cuba Danish jalan elok-elok.. kalau lari-lari nanti kalau terjatuh kang camana? licin tau tu” Dia ikut.. pastu seperti biasa die buat balik. huhu.. Seterusnya teruskanlah dengan ayat yang sama sampai kali ke seratus lapan puluh lapan!
  • Berikan kasih sayang. Bukan manjakan ok! (kene faham btol-btol tu..)
  • Kena sentiasa beri tarikan baru kepada benda yang sebelum ni dah biasa dia buat. Contohnya, mula-mula bagi dia main colour-colour. Start guna crayon.. dah lama sikit bagi kaler luna.. dah lama lagi bagi magic colour.. lama-lama dinding rumah jadi mural. Baju ada sign autograph artis!
  • Jangan bosan cakap benda yang sama hari-hari. Untuk kali ke dua ratus tujuh puluh: “Danish.. Jangan la cabut-cabut bateri remote tu..” (eh! kata jangan cakap ‘jangan’ tadi??) hahaha..
  • Di depan anak, cakap dgn orang lain dia adalah anak yang baik. Macam bodek ke.. dan jangan ungkit-ungkit kesalahan yang dah lepas dia buat. (ooo.. baru aku tahu tak bole rupanya..) ehe..
  • Selain daripada toys dan games, ibu bapa kena kreatif create dan pelbagaikan aktiviti dia. Contohnya bela binatang, arnab ke.. ikan ke.. takpun, tanam pokok ke.. teropong bintang ke.. apa-apa lah..
  • Ketika sedang berada dimeja makan dan kita meminta mereka makan sendiri. Mungkin dia akan main-main dengan makanannya atau berlari-lari mengelilingi meja makan (ini memang acara favouritelah ). Jangan marah dia! Yang harus dilakukan adalah menyuapkan mereka dengan sabar dan penuh senyuman.. Huh..
  • Puji kalau dia buat sesuatu yang baik. Puji secara spesifik tau.. Contohnya : “Haa.. baru good boy macamni.. lepas main pandai pun kemas sendiri…”
  • Cari kelebihan dalam diri mereka dan garap ke arah yang betul.
  • Last sekali dari segi apparel, jangan pakaikan baju kaler oren. Dari psikologi warna, warna oren boleh merangsang secara aktif  tindak-tanduk  dan kelakuan anak dan akan menjadi hyperaktif! baru tau yang ni.. tapi rase ammar takde lagi baju kaler oren.

DOA ITU PENTING!

Amalkan baca surah An-Nasroh  dan baca  ’Ya Latif’ sebanyak 7 kali Lepas tu hembus di ubun-ubun kepala anak masa tengah tidur sambil gosok-gosok ubun-ubun kepalanya.

Banyakkan  zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Untuk melembutkan hati… Insya Allah.

Amalkan baca doa NABi DAUD sebanyak 3 kali.

 

“YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA) SEBAGAIMANA ENGKAU  LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI”

dan hembuskan pada makanan atau minumannya.

Advertisements
Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: